Sunday, February 6, 2011

bebas dari belenggu!



''BEBAS DARI BELENGGU''

Assalamualaikum. w.b.t...
 BEBAS DARI BELENGGU, hasil karya DR.AZHAR HJ.SARIP...sebenarnya,agak lama jugak la tak beli buku..nak cari buku DR.HM TUAH  ISKANDAR ..tapi  buku dr.hm tuah yang latest tadek ler..so,survey punya survey..maka beli la yang ni..macam menarik je bila tgk..  buku ni dibeli ketika aku p teman  adik bongsuku .. beli alat2 skolah..dekat Pustaka Seri Intan...

oklah..antara topik yang menarik dibincangkan  dalam buku ni adalah :

1. Mukaddimah..ORANG YANG SERING BERKATA DIA TIDAK MEMPUNYAI MASALAH SEBENARNYA ADALAH ORANG PALING TERUK MASALAHNYA KERANA TIDAKPERNAH MEMAHAMI SIAPA DIRINYA...amacam?hehe..camtulah buku ni bcerita..tepuk dada , tanya hati...;)

2. BERDOA ITU SATU SENI

                                 sEni iTu jiWa..
                                SeNi itu RaSa..
    doA TaNpA seNi ibaRaT mAkaN taK cuKup RaSa!
topik ini menjelaskan..betapa perlunya kita berdoa dengan penuh perasaan..Antara petikan yang menarik dalam buku ni......'' Kita sering berdoa, bahkan hari-hari kita berdoa.Persoalannya, kita sering berdoa tanpa perasaan.Apabila dikatakan seni, ia pasti melibatkan perasaan.Seorang penyanyi akan mendendangkan sebuah lagu dengan perasaan.Seorang pelakon pula akan melakonkan sesebuah watak dengan penuh perasaan.Begitu juga andai kita meminta sesuatu daripada seseorang , kita akan memintanya dengan penuh perasaan.Tetapi mengapa apabila kita meminta sesuatu daripada Allah,kita meminta hanya dengan mulut tanpa perasaan. Inilah perkara yang selalu terjadi kerana kita sering berdoa secara hafalan tanpa menjiwai-NYA.''

3. MENJADI MANUSIA LUAR BIASA

Langkah awal adalah dengan sentiasa belajar berterima kasih dengan ALLAH.Cuba kita fikir,berapa kali kita berterima kasih kepada ALLAH kerana memberi kemudahan membuang air besar?Bayangkan kalau kita membuang air besar selama seminggu..apa kita rasa?rasa xnormal la kan..sebab dah menjadi lumrah manusia buang air besar...Jadi mulai hari ini..ucapkan,''TERIMA KASIH YA ALLAH kerana...''Ucapkan kata-kata itu dari lubuk hati dan ucapkannya untuk setiap aktiviti yang bakal dilakukan dan setelah dilakukan.... memetikkata-kata pujangga.....'' to put the world right in order, we must first put the nation in order ; to put the nation in order , we must put the family in order ; to put the family in order , we must first cultivate our personal life ; we must first set our hearts right.''

4..hmm....banyak la topik2 lain yang dibincangkan...sangatlah seronok membacanya..nak cerita banyak2 takut penulis original marah lak...hehe......antara topik lain yang menarik,rezeki itu ketentuannya,memberi maaf itu penawar,petua bantutkan api kemarahan dan banyak lagiiiiiiii.....buka minda dan buka hati              ..bestt...wahhh..promote gitu..hehe..


Doa senjata orang mukmin.... dalam buku ini menasihati agar berdoalah dan praktikkan doa ini..antara petikannya ''......Cubalah lakukannya selama 2 minggu di mana sahaja dan perhatikan perubahan hidup anda.Bagi kita , jika kita memiliki impian sekarang, itu adalah satu kebahagiaan.Tetapi kita juga terlepas pandang apakah yang akan terjadi selepas itu mungkin dalam jangka waktu panjang.
Dalam pada kita melihat jawapan yang diberikan melalui tabir alam, kita harus terlebih dahulu saling mengenal di antara kita.Kita selalu tidak menyedari kesombongan diri.Kita sering beranggapan yang kita terlalu mulia berbanding pokok dan alam sedangkan kita lupa yang hidupan ini tidak pernah putus dalam bertasbih kepada Allah manakala kita pula sering kali terputus hubungan dengan- NYA.Hubungan sesama makhluk itu jalan memahami bahasa alam....'' begitulah petikan yang dapat ditulis..semoga menjadi pedoman buat diri sendiri dan semua yang membaca..huhu..




SELAMAT MEMBACA BUKU ini ye...xrugi kalau baca,tapi bertambah untung...heeee...
   smoga entry kali ini memberi manfaat kepada bloggers semua...roger and out...wassalam....=D

p/s: satu hari tu,t'cari2 mana la buku ni menghilang  sbb lom habis bace lgi,..rupa2nya ade org  ambik 
( 'Ma' yg ambik bace rupenya...nampaknya buku yg aku beli ni ade org yg berminat knn.....heee)..