Thursday, February 25, 2010

salam maulidur rasul..

 
Beginilah peribadi nabi Muhammad s.a.w....tiada pengganti....terasa kerdil diri ini..
pengorbanannya terlalu besar pada umatnya...sebagai manusia biasa..KITA HARUS TABAH...yup!  TABAH dalam menghadapi apa jua kesukaran..
Seringkali kita berputus asa tatkala mendapatkan kesulitan atau cubaan. Padahal Allah telah memberi janji bahawa di balik kesulitan, pasti ada jalan keluar yang begitu dekat..





Dalam surat Alam Nasyroh, Allah Ta’alaberfirman,
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (QS. An Nasyr: 5)

Ayat ini pun diulang setelah itu,
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (QS. An Nasyr: 6)



  tiba2 ingat lagu nie...nyanyi kt sekolah rendah..hee
 Engkau taburkan pengorbanan
   Untuk umatmu yang tercinta
   Biar terpaksa tempuh derita
 Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

  Tabahnya hatimu menempuh dugaan
     Mengajar erti kesabaran
     Menjulang panji kemenangan
    Terukir namamu di dalam Al-Quran...



Setiap waktu pagi dan petang . Sabda Nabi s.a.w : “ Barang siapa berselawat kepadaku waktu pagi sepuluh kali dan waktu petang sepuluh kali , maka ia akan mendapat syafaatku di hari kiamat . “  ( Hadis Riwayat Thabarani )

Ketika mengalami kesusahan dan kebimbangan . Diberitakan oleh Ubay bin Kaab bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah , ujurnya : “ Ya Rasulullah bagaimana pendapat engkau sekiranya aku jadikan selawat untuk engkau semua? Jawap Rasulullah s.a.w “ Kalau demikian Allah akan memelihara engkau baik mengenai dunia mahu pun mengenai akhiratmu. “ ( Hadis Riwayat Ahmad )

ketika mendengar orang menyebut nama Nabi s.a.w . Sabda Nabi s.a.w : “ orang yang bakhil itu adalah orang yang tidak mahu berselawat ketika orang menyebut namaku di sisinya . “ ( Hadis Riwayat At-Tirmidzi )


Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa.....




...  AnTaRa PeRiBadi Nabi MuhaMmaD s.a.w..








1) Baginda berdoa dengan penuh khusyuk dan airmatanya sentiasa berlinangan
2) Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya
3) Sangat elok dan sempurna wajahnya
4) Baginda memilik perasaan yang halus
5) Suka makan beramai-ramai daripada berseorangan
6) Bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik melambangkan kesombongan dan kemegahan
7) Beliau makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang
 Tidak pernah mengumpat , mencerca atau menghina orang lain
9) Baginda memelihara rambutnya dengan kemas
10) Baginda memakai serban di atas kopiahnya
11) Suka membalas hadiah
12) Baginda mengucapkan
salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar atau masuk
13) Baginda sangat berlemah-lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya
14) Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya
15) Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa
16) Ketika berjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang dijabatnya itu melepaskan tangannya
17) Apabila melepasi kumpulan kanak-kanak , baginda mengangkat tangannya tanda hormat kepada mereka
18) Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama
19) Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun
20) Tidak pernah menjulurkan kakinya di depan para sahabat
21) Baginda suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas
22) Sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya
23) Tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum lembut
24) Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara
25) Tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan
26) Amat kasih terhadap umatnya
27) Tidak pernah mengambil rezeki kurnian Allah melebihi keperluan makan minumnya
28) Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk jihad Fisabilillah
29) Sentiasa membantu orang lain walaupun ia sendiri dalam kesusahan
30) Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka
31) Suka menziarahi orang sakit
32) Amat pemurah hingga digambarkan seperti angin lalu pemurahnya
33) Baginda tidak suka tidur di bilik gelap dan di bawah bumbung yang terbuka dan tidak beratap
34) Tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi
35) Bersikap tegas , pemaaf dan pengasih dalam perjuangan
36) Beliau mengambil wudhu’ sebelum tidur dan berzikir hingga lena
37) Sangat menghormati orang-orang tua dan mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak

Friday, February 12, 2010

cuti oH cuti..Budu Oh buDu..


happy holiday -------------> tahun baru cina------> selamat bercuti 1 MALAYSIA..


cuti............ suka cuti......maybe ada yang xsuka cuti..tapi bagi aku..i need holiday..time to rest n back my home...dah 2bulan xbalik..semangat berkobar-kobar nie....nak makan masakan kat rumah...lebih2 budu..hahaha..2bulan tak makan budu nie.. bukan apa..tak best makan sorang2...
info :

Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman.
Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan “kuno”. vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).
more info..sila tengok di link ini ye...http://www.emocutez.com


aii...sebenarnya banyak kerja yang tak beres lagi ni..ni la aku..orang yang tak fokus..hurmm..kena ubah sikap nie...slow2..biasa laa...perempuan nafsunya banyak..nak itu nak ini..nak beli itu nak beli ini..tapi itulah specialnya wanita..

~ Seorang wanita umpama sekuntum bunga di taman,
segar mewangi dipelusuk dunia setulus kasih sesuci embun,
lembut wanita kerana senyumannya,
cekal wanita kerana beraninya,
patuh wanita kerana setiannya,
sabar wanita kerana imannya,
kasih wanita kerana belaiannya,
lemah wanita kerana air matanya,
ikhlas wanita kerana simpatinya,
pendam wanita kerana cemburunya,
sayang wannita kerana sifat keibuannya,
TANPA WANITA LELAKI LEMAH..
& KERANA WANITA JUGA LELAKI BISA KALAH.. ~



A man gives many question marks, however, a woman is a whole mystery...



lastly..selamat bercuti dan bereskan kerja yang tak beres..http://www.emocutez.com

Wednesday, February 10, 2010

SYARAHAN PERDANA PROFESOR 2010






bersama dr.shahida..lecturer kiteorang...
http://www.emocutez.com












hehe...http://www.emocutez.com












27 januari 2010..tepat 8.30 a.m..aku terus ke bilik senat untuk menghadiri SYARAHAN PERDANA PROFESOR..
berkaitan dengan ''Pendidikan Kerjaya Dan Pembangunan Modal Insan''
macamana boleh pergi?sebenarnya pensyarah subjek analisis ekonomi yang ajak kepada sesiapa yang nak join sambil untuk mencari bahan assignment individu...kebetulan hari rabu memang takder class...so..apa lagi..enjoy laa..hehe..hidup muda cuma sekali..manfaatkan masa muda yang ada...
Syarahan ini disampaikan oleh YBHG.PROF.DATIN DR.AMLA HJ.MOHD SALLEH merupakan seorang profesor dalam bidang Bimbingan dan kaunseling di Fakulti Pendidikan UKM..Walaupun aku bukan dari fakulti tersebut...sekurang-kurangnya aku masih berpeluang untuk mengikuti anjuran fakulti tersebut..hehe..
hurmm..tiba-tiba teringat pasal cita-cita aku dulu..haha..dulu hati ni nak je jadi cikgu..but...hidup ni penuh misteri kan...tiada rezeki untuk mendapat fakulti yang kuidamkan...hihi...so..aku teruskan perjuangan di Fakulti Ekonomi dan perniagaan dalam bidang ekonomi..walaupun perit untuk menghadapi dalam bidang nie..at least aku cuba yang terbaik..insyaallah...sebab family pesan..belajar dulu..jangan fikir sangat pasal tu....huhu..sebaknya! ah..malas dah nk fikir..positif2..hehe...
http://www.emocutez.com


breakfast.....



acara bermula dengan ketibaan .. Naib Canselor,YBhg. Prof. Dato' Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin ...
dalam bilik senat bersama noral dan eila...nik n pera xdapat join pulak..ada hal...huhu..kalau tak mesti syookk...



selesailah sudah ....akhirnya,inilah ''ole-ole'' dari YBHG.PROF.DATIN DR.AMLA HJ.MOHD SALLEH
http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com


Saturday, February 6, 2010

tersentuh hati...

hurmm..suka dengar lagu nie..by maher zain..ntah laaa,..tiba2 jatuh cinta ngn lagu nie..hihi.. for the relez tension..hehe..tak salah kan....
memang menyentuh jiwa laa bila dengar muzik nie...nice songsssss...'thumbs up' with all songs by maher zain..tapi bagi aku lagu ni sesuai untuk orang yang dah kahwin..haha..layan jee laa..hehe
antara lirik yg best:
For the rest of my life...
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true