Sunday, January 24, 2010

YESSS!!

''kata ibarat pedang yang tajamnya boleh membunuh lawan...'''
siapa sangka kata-kata boleh menghancurkan jiwa yg tenang,
siapa sangka, kata-kata juga boleh menruntuhkan negara yang merdeka?
siapa sangka, kata-kata juga boleh meruntuhkan iman seorang manusia?
tapi, memang tak dapat disangka, kata-kata boleh merapatkan ukhuwah yg kejauhan...
memebina negara yg berperpaduan..



Kadang- kadang perjuangan adalah
Sesuatu yang kita perlukan dalam hidup kita
Jika tuhan membiarkan kita hidup
Tanpa ranjau dan perjuangan
Kita mungkin akan jadi lemah dan tak tahan ujian
Kita mungkin tidak kuat untuk
Menghadapi rintangan bagi mencapai
Cita- cita dan harapan yang kita idamkan

Kita mungkin tidak akan pernah dapat ‘terbang’ jauh.
Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Kita memohan kekuatan dan keteguhan hati…
Dan Tuhan memberi kita dugaan dan ujian
Untuk membuat kita cekal dan kuat

Kita memohon kebijaksanaan…
Dan Tuhan memberi kita pelbagai persoalan hidup
Untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana dan matang.

Kita memohon kemakmuran…
Dan Tuhan memberi kita akal dan tenaga
Untuk dipergunakan sepenuhnya bagi
Mencapai kemakmuran.

Kita memohon cinta…
Dan Tuhan memberi kita orang- orang bermasalah
Untuk diselamatkan dan dicintai.

Kita memohon kemurahan rezeki dan kebaikan hati…
Dan Tuhan memberi kita kesempatan – kesempatan yang silih berganti.

Begitulah cara Tuhan membimbing kita…
Adakah jika kita tidak memperoleh apa yang kita idamkan,
Bererti bahawa kita tidak mendapat segala yang kita inginkan?



Begitulah cara Tuhan membimbing kita…
Adakah jika kita tidak memperoleh apa yang kita idamkan,
Bererti bahawa kita tidak mendapat segala yang kita inginkan?

Kadang- kadang Tuhan tidak memberi apa yang kita minta,
Tapi dengan pasti Tuhan memberikan yang terbaik untuk kita,
Kebanyakan kita tidak dapat melihat hikmah disebaliknya,
Bahkan tidak mahu menerima rencana Tuhan,
Padahal itulah yang terbaik untuk kita.

No comments:

Post a Comment