Wednesday, July 14, 2010

main masak2 : resipi '' PIZZA CINTAKU'' diyakini bersih, suci murni dan halal..heehe


Cuti semester kali ini..resipi yang aku belajar di rumah adalah 'pizza'..hehe..macam minah salleh lak..tade pape saje2 menambah ilmu masakan,mana le taw leh bukak bisnes pizza..ONE DAY...huuu..
ntah la perut ni tetiba nk mkn pizza.. nk beli..duit pokai..besela tgh cuti..takkan nak makan sorang2 plak..mkn ramai2 baru best...
So,aku  pun p beli barang nak wat pizza kt econjaya....kiranya..belanja adik2 aku la ni...sorry adikku..kak nor xder pitih( duit) haha....ni jer yg mampu buat...pizza sdn.bhd..murah ,jimat dan mengenyangkan sebab  1kg gandum mampu wat pizza sampai 3 biji( 3 loyang) dengan kos hanya berbelas ringgit sahaja.sape yang ajar buat pizza? sape lagi kalau bkn my mum..huhu...so balik hari tu mak aku serahkan tugas membuat pizza itu kpd aku..ini resipinya okey :



            boleh tahan la rasa pizza ni walaupun xsesedap pizza hut..saya budak baru belajar..huu


bahan-bahan membuat roti pizza

1 kg gandum
1 bungkus mauri pan
1 sudu kecil garam( agak2 jer )
4 sudu besar gula ( agak2 jer)
marjerin ( 3 sudu besar)


bahan-bahan  untuk inti

1 bungkus sosej
5 biji telur ( suka hati nak letak bape..hehe)
1 bungkus sayur campur
5 biji tomato
2 biji bawang besar
sayur kubis
mayonis
sos cili dan  tomato

cara-cara

1.masukkan gandum ke dalam mangkuk,gaulkan bersama marjerin. 
kemudian segelas air dan campurkan mauripan,gula dan garam dalam air dan kacau air itu. Air  campuran itu 
Masukkan ke dalam gandum dan gaulkan adunan tepung itu sehingga rata sehingga menjadi  lembut.Kemudian biarkan selama 30 minit. tunggu sampai  adunan tepung itu naik @kembang.

2. Selepas itu, bahan untuk membuat inti pulak, potong  sosej itu dengan bentuk suka hati,xkira la pnjg2 or bulat.tomato dan bawang besar dihiris dadu..Kubis dihiris hancur. Telur pula dipukul dalam mangkuk lain

3. Ambil loyang, dan sapukan marjerin di atas loyang itu bagi mengelakkan adunan roti pizza melekat. kemudian carikkan adunan tepung itu sedikit dan rapat kan ke atas loyang itu.sampai rata.kemudian taburkan sosej,sayur campur,tomato,bawang besar,kubis ke atas adunan roti  itu. kemudian  curahkan pukulan telur itu beserta sos cili dan tomato dan juga mayonis.Untuk pengetahuan semua, semua bahan-bahan ini adalah untuk 3 pizza.

4. akhirnya masukkan pizza ke dalam pembakar kuih / oven selama 15 minit dengan suhu 250 darjah celcius.siap dan untuk menambah selera sapukan mayonis sekali lagi..nyumm.....


                                                      pizza yang sudah siap  dimasak !!!


                               pizza sebelum dimasukkan ke dalam pembakar kuih/ oven

1 comment: